CHRISTCHURCH 16 Mac – Suspek utama insiden tembakan di dua buah masjid di sini semalam, didakwa di mahkamah atas kesalahan membunuh.
Suspek, Brenton Tarrant berdiri di kandang tertuduh dengan keadaan bergari dan memakai baju lokap warna putih, dijangka berdepan pelbagai tuduhan selepas ini.
Tarrant bagaimanapun tidak membuat sebarang rayuan ikat jamin dan direman lanjut hingga perbicaraan lanjut ke atasnya diadakan 5 April ini. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











