New Zealand bakal ketatkan undang-undang senjata api - Utusan Malaysia

New Zealand bakal ketatkan undang-undang senjata api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHRISTCHURCH 16 Mac – Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern bakal mengetatkan undang-undang senjata api negara ini susulan insiden tembakan rambang di dua buah masjid sehingga mengorbankan 49 orang semalam.

Menurut Ardern, suspek, Brenton Tarrant, memperoleh lesen senjata api Kategori A pada November 2017 dan mula membeli lima senjata yang digunakan dalam serangan semalam pada bulan seterusnya secara sah.

Senjata api yang dibeli oleh suspek termasuklah dua senapang separuh automatik, dua senapang patah dan senjata tindakan tuil.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Fakta bahawa individu ini telah memperoleh lesen senjata api dan membeli senjata api, jadi secara jelasnya orang ramai mahukan perubahan dan saya komited ke arah itu,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini