19 penagih dadah ditahan di Tasek Gelugor - Utusan Malaysia

19 penagih dadah ditahan di Tasek Gelugor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Seramai 19 lelaki disyaki penagih dadah ditahan dalam operasi di sekitar kawasan Tasek Gelugor di sini hari ini.

Operasi selama 11 jam berakhir pukul 3 pagi itu telah menahan individu terbabit yang berusia di antara 17 hingga 45 tahun selepas pihak polis menerima maklumat dan melakukan risikan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya turut  merampas bahan-bahan disyaki dadah jenis heroin sebanyak 2.4 gram (g), syabu (1.1 g) dan air ketum (250 g) daripada 17 penagih yang ditangkap.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesmua dadah bernilai RM270 itu dipercayai bagi kegunaan mereka sendiri.

“Hasil ujian saringan air kencing turut mendapati kesemua suspek positif dadah,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Menurut Noorzainy, kes itu disiasat mengikut Seksyen 39A(1) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini