PM bakal lancar Ikon Remaja Wilayah Persekutuan - Utusan Malaysia

PM bakal lancar Ikon Remaja Wilayah Persekutuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 16 Mac – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan melancarkan program Ikon Remaja Wilayah Persekutuan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pagi ini, melibatkan penyertaan 2,000 remaja berusia 12 hingga 17 tahun.

Program itu bertujuan membimbing remaja untuk mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap matlamat hidup dan tanggungjawab kepada diri, tuhan, keluarga, bangsa dan negara.

Menurut Kementerian Wilayah Persekutuan, fasa pertama pelaksanaan program ini akan berlangsung selama enam hingga lapan bulan melibatkan enam modul utama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Modul tersebut merangkumi kkuster kerohanian dan sahsiah, kebajikan dan kemasyarakatan, patriotisme dan perpaduan, kesihatan dan rekreasi, kemahiran dan daya kreativiti dan sukan.

“Modul-modul ini dijalankan secara santai melalui proses pengajaran dan pembelajaran secara pemerhatian, perbincangan, kerja berpasukan dan ceramah,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bertemakan ‘Wilayah ceria inspirasiku’, program itu jelasnya, dilihat sebagai ejen perubahan kepada remaja dan memberi inspirasi winning attitude supaya mempunyai kebolehupayaan untuk bangkit daripada kegagalan dan mengecapi kemenangan atas usaha diri sendiri.

Jelas kementerian lagi, sebanyak 21 agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan terlibat dalam program ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini