Kerajaan Negeri P. Pinang hantar 2 wakil iringi keluarga Rahimi ke Christchurch - Utusan Malaysia

Kerajaan Negeri P. Pinang hantar 2 wakil iringi keluarga Rahimi ke Christchurch

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 16 Mac – Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz akan mewakili kerajaan negeri untuk bersama-sama dengan ahli keluarga mangsa insiden tembakan, Rahimi Ahmad, 39, ke Christchurch, New Zealand hari ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kedua-dua mereka akan mengiringi ibu Rahimi, Rokiah Mohamad, 65 dan anak lelakinya, Roshidi, 42.

“Kerajaan negeri mengecam sekeras-kerasnya serangan kejam tersebut yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 49 nyawa serta berpuluh-puluh mangsa mengalami kecederaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerajaan negeri juga melahirkan rasa simpati di atas musibah ini serta merakamkan ucapan takziah kepada New Zealand serta seluruh ahli keluarga mangsa-mangsa yang terlibat dan diharapkan mereka tabah dengan ujian ini,” katanya dalam kenyataan di sini.

Rahimi adalah antara rakyat Malaysia yang dilaporkan cedera dalam insiden tembakan di Masjid Al-Noor dan Masjid Linwood serta kini menerima rawatan di hospital.

Difahamkan, ibu dan abang Rahimi serta dua wakil kerajaan negeri itu akan berlepas ke Christchurch pada pukul 3.30 petang hari ini dari LapanganTerbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).

Menurut Kon Yeow, dalam menzahirkan simpati, kerajaan negeri

bersedia menghulurkan bantuan apa yang terdaya dan menyeru seluruh rakyat Malaysia serta negeri ini khasnya untuk mendoakan kembali kesejahteraan kepada penduduk di Christchurch. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini