Tiga beranak maut motosikal bergesel bas - Utusan Malaysia

Tiga beranak maut motosikal bergesel bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 malam itu, mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian ialah Mohd Azni Mohd Zakri, 34, serta dua anaknya Muhammad Aryan Ziqri Mohd Azni, 7, dan Nur Amna Nafeesa Mohd Azni, 5.

Ketiga-tiga beranak meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah pada kepala dan badan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Machang, Asisten Superintendan Mohd Shamsuri Mohd Zain ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila bas dari arah Machang itu menghala ke Pasir Puteh telah menggesel belakang motosikal yang dinaiki tiga beranak itu.

“Jenazah tiga beranak yang berasal dari dari Kampung Kolam Abu, Machang itu dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini