Jangan salahkan Islam, fahami masalah pelampau domestik - Pak Wan - Utusan Malaysia

Jangan salahkan Islam, fahami masalah pelampau domestik – Pak Wan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Mac – Insiden serangan pengganas yang meragut 49 nyawa dan mencederakan puluhan mangsa lagi di Christchurch, New Zealand, semalam terang-terang merupakan tindakan pelampau domestik yang tersusun.

Sambil melahirkan rasa kesal kerana sudah ada pihak yang seakan-akan menyalahkan agama Islam dalam tragedi berdarah itu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof menegaskan, yang jelas, penganut agama Islam yang diserang dan menjadi mangsanya.

“Apa yang berlaku di Christchurch, New Zealand merupakan satu tragedi yang cukup mengecewakan dan wajar dikutuk sekeras-kerasnya. Tidak perlu menggunakan istilah lembut seperti `gunmen’ dan sebagainya. Ini adalah kejadian yang dirancang teliti oleh kumpulan pelampau domestik (domestic terrorism),” kata beliau dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Pembangunan Usahawan itu yang lebih dikenali sebagai Pak Wan berkata, beliau amat bersimpati dengan semua mangsa yang terlibat.

“Kerajaan Malaysia melalui Wisma Putra pastinya sedang berusaha untuk memastikan semua urusan berkaitan kesejahteraan dan keselamatan rakyat kita di New Zealand dapat disegerakan dengan sebaik mungkin.

“Ini bukan masanya untuk kita membakar semangat kebencian. Kerajaan New Zealand perlu diberikan sokongan padu bagi menangani isu pelampau domestik seperti ini.

“Malah, umat Islam di Malaysia wajar bertenang dan membenarkan pihak berkuasa New Zealand menjalankan tugas mereka dengan sebaiknya. Saya berharap agar tragedi seperti ini tidak berulang,” kata beliau yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini