Chong Wei masih tersenarai pada Terbuka Malaysia - Choong Hann - Utusan Malaysia

Chong Wei masih tersenarai pada Terbuka Malaysia – Choong Hann

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAGUH perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei masih berada dalam senarai pemain yang akan menyertai kejohanan badminton Terbuka Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil bulan depan meskipun status kesihatannya masih diragui.

Bagaimanapun, Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann menegaskan, Chong Wei hanya boleh beraksi sekiranya beliau dibenarkan berbuat demikian oleh doktor yang merawatnya di Taiwan.

Meskipun pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu menunjukkan peningkatan dari segi prestasi ketika latihan, namun keputusan sama ada beliau akan menyertai Terbuka Malaysia hanya diketahui minggu depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Nama Chong Wei masih berada dalam senarai pemain yang akan menyertai Terbuka Malaysia, namun sebarang keputusan hanya diketahui selepas dia menjalani pemeriksaan kesihatan serta mendapatkan nasihat daripada doktor.

“Saya ada bercakap dengan jurulatih (Hendrawan) dan beliau memberitahu Chong Wei menunjukkan perkembangan yang cukup baik, cuma kami tidak mahu dia kembali menyertai aksi kompetitif secara tergesa-gesa,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam.

Sebelum ini, Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berharap peminat sukan tanah air tidak terlalu mengharapkan kelibat Chong Wei pada Terbuka Malaysia memandangkan bekas pemain No. 1 dunia itu akan berangkat ke Taiwan esok untuk bertemu doktor.

Choong Hann juga mengakui beliau tidak boleh memberikan kepastian sama ada Chong Wei mampu beraksi secara kompetitif atau sebaliknya selagi pemain berusia 37 tahun itu tidak menyertai sebarang kejohanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini