Kalau tak isytihar darurat, kosongkan kawasan - TMJ - Utusan Malaysia

Kalau tak isytihar darurat, kosongkan kawasan – TMJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Mac – Keputusan kerajaan untuk tidak mengisytiharkan darurat bencana di kawasan Pasir Gudang mengejutkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang berpendapat, darurat sepatutnya diisytiharkan sejak hari pertama lagi.

“Dua ribu orang terkesan tetapi tidak perlu isytihar darurat. Wow… menakjubkan.

“Sepatutnya sejak hari pertama dah isytihar darurat dan pindahkan penduduk ke tempat lain buat sementara. Sampai dapat jaminan ia selamat,’’ kata baginda melalui siri ciapan dalam Twitter baginda semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun, menurut baginda, tidak mengapa sekiranya kerajaan masih tidak mahu mengisytiharkan darurat bencana tetapi kawasan tersebut mestilah dikosongkan segera.

‘‘Tak isytihar tak apa. Tapi sekurang-kurangnya kosongkan kawasan sehingga semua stabil dan selamat,” katanya.

Tunku Ismail turut meluangkan masa kira-kira setengah jam malam tadi membuat lawatan di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MMPG) untuk meninjau pesakit terlibat dan kelancaran operasi di stadium yang dijadikan tempat rawatan awal itu.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga turun padang melawat sendiri kawasan yang terjejas di Pasir Gudang semalam menyatakan kejadian tersebut belum sampai pada tahap yang memerlukan pengisytiharan darurat.

Walau bagaimanapun, me­nu­rut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad semalam, perkara tersebut akan dibawa dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini