Pelbagai bahan kimia dijumpai dibuang di ladang kelapa sawit - Utusan Malaysia

Pelbagai bahan kimia dijumpai dibuang di ladang kelapa sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 15 Mac – Pelbagai jenis bahan kimia yang masih belum dikenalpasti jenisnya didapati telah dibuang di ladang kelapa sawit, Bukit Teh, Bukit Mertajam dipercayai sejak awal bulan ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Saadon Mokhtar yang mengesahkan penemuan itu memaklumkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah meminta bantuan Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) JBPM untuk memeriksa jenis bahan kimia itu awal pagi hari ini.

Saadon berkata, pemilik ladang kelapa sawit itu telah membuat laporan kepada pihak JAS mengenai pembuangan pelbagai bahan kimia itu dalam ladangnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pasukan Hazmat telah mengambil sampel bahan kimia berkenaan untuk membuat ujian lanjut.

“Pemeriksaan dan pernilaian awal yang dibuat bersama-sama pegawai JAS mendapati bahan kimia itu tidak meruap atau tidak berlaku pemejawapan tetapi mengeluarkan bau,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau ketika ini proses mengalihkan dan membuang semua bahan kimia itu ke lokasi yang sepatutnya sedang dijalankan oleh sebuah syarikat kontraktor yang di lantik oleh JAS.

“Pihak JAS juga telah menghantar sampel bahan-bahan kimia itu kepada Jabatan Kimia untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bahan tersebut.

“Kawasan ladang kelapa sawit ini terletak jauh daripada rumah penduduk,” katanya.

Tambah beliau, setakat ini difahamkan tiada mangsa terjejas dengan bahan kimia tersebut.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini