PM pertahan MB Johor - Utusan Malaysia

PM pertahan MB Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 15 Mac – Tun Dr. Mahathir mempertahankan Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian yang dikritik banyak pihak kerana didakwa lambat bertindak menangani kes pencemaran toksid di Pasir Gudang.

Perdana Menteri sebaliknya meminta mana-mana pihak yang mempersoalkan pendekatan kerajaan dalam menangani kes itu tampil memberitahu apa yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan.

“Mereka perlu tampil sebelum kerajaan melakukan apa-apa tindakan, beritahu kita apa yang perlu dilakukan dan kita akan ikut,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis penyerahan kad keahlian Bersatu kepada enam wakil rakyat dan dua senator dari Sabah di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diminta mengulas kritikan pelbagai pihak kepada Osman didakwa lambat bertindak dan sepatutnya lebih agresif menangani kes berkenaan.

Menurut Dr. Mahathir, beliau yang meninjau kes berkenaan semalam berpuas hati dengan langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh pelbagai agensi kerajaan Pusat dan negeri dalam menangani masalah tersebut.

“Untuk itu, saya tidak melihat keperluan untuk mengisytiharkan darurat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini