Bonne Nuit Mask Atasi Masalah Tidur - Utusan Malaysia

Bonne Nuit Mask Atasi Masalah Tidur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Mac – Tiga pelajar Sekolah Menengah (SM) St. Michael, Penampang, Sabah meraih pingat emas dalam pertandingan Pameran Intelektual, Hartanah, Reka Cipta dan Teknologi Antarabangsa Bangkok (IPiTex) 2019 yang diadakan di Bangkok, Thailand pada 2 hingga 6 Februari lalu.

Kemenangan itu adalah hasil kreativiti mereka mencipta produk inovasi iaitu masker mata tidur ‘Bonne Nuit Mask’ sekali gus menewaskan produk inovasi dari peserta dari luar negara.

Menurut seorang daripada tiga peserta itu, Renoir Fayeed Rehman, 16, dia pernah menghadapi masalah kekurangan waktu tidur kerana kesibukan sebagai pelajar yang perlu menghadiri kelas tambahan selain menyiapkan kerja sekolah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika pelajar tidak mengatasi masalah ini, mereka boleh mengalami insomnia dan stress kerana terlalu penat,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam pada itu, rakan Renoir, Alif Afandi Marzuki, 14, berkata, produk itu didatangkan dalam empat rekaan yang setiap satunya memiliki fungsi berbeza antaranya urutan dan aromaterapi.

“Jika pengguna menggunakan masker mata aromaterapi, masalah sakit kepala akan kurang manakala masker mata menggembara boleh digunakan semasa bercuti kerana diinovasikan bersama bantal,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini