Atikah Suhaime mohon netizen henti kecam Awi Rafael - Utusan Malaysia

Atikah Suhaime mohon netizen henti kecam Awi Rafael

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelakon Atikah Suhaime meminta netizen berhenti menyalahkan bekas tunangnya, Awi Rafael berikutan pembatalan majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung Ahad ini pada saat-saat akhir.

Biarpun kecewa kerana impian membina mahligai bersama berkecai di tengah jalan, namun Atikah mengakui dia lebih sedih apabila melihat cinta hatinya itu dikecam dengan teruk.

Ia berikutan penjelasan daripada bapa Atikah sendiri yang mengakui majlis itu dibatalkan atas permintannya sendiri, bukan daripada Awi seperti didakwa penyanyi itu menerusi sebuah video di Instagramnya semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam video itu, Awi menyatakan dia terpaksa menarik diri daripada perkahwinan itu selain memberi kenyataan enggan membuka aib Atikah.

Kenyataan itu sekali gus menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen kerana Awi seolah-olah mahu memberi bayangan bahawa bekas tunangnya itu merupakan punca mereka tidak jadi berkahwin.

“Walaupun kecewa kerana perkahwinan ini dibatalkan tetapi apa yang membuatkan saya lebih sedih apabila melihat cinta hati saya dikecam teruk oleh netizen.

“Kalian tidak boleh berbuat demikian kerana anda tidak mengenali dirinya yang sebenar. Jangan cakap buruk tentang Awi. Saya kenal dia dan dialah yang banyak menjaga saya dan nama keluarga saya selama ini.

“Jadi anda tidak dibenarkan bercakap tentang dia,” pesan Atikah menerusi video yang dimuat naik menerusi Instagramnya sebentar tadi.

Pada masa sama, pelakon drama Cinta Tiada Ganti itu juga tidak menyalahkan tindakan bapanya yang membatalkan perkahwinan itu kerana beranggapan bapanya lebih mengetahui apa yang terbaik untuk dirinya.

“Saya berterima kasih kepada ayah atas tindakannya itu sebab saya percaya dia tahu apa yang terbaik untuk anaknya.

“Jadi dalam hal ini, tiada siapa perlu disalahkan. Hentikan sebar kebencian kerana pada akhirnya perkara ini terjadi kerana takdir. Sebagai manusia kita perlu menerimanya. Tiada siapa perlu dipersalahkan jika kami tidak dapat bersama,” katanya.

Terdahulu, peminat dikejutkan dengan pengumuman daripada pasangan itu yang mendedahkan majlis perkahwinan mereka pada Ahad ini terpaksa dibatalkan.

Atikah dan Awi yang mengikat tali pertunangan pada 17 Mac tahun lalu di Singapura sepatutnya bernikah hari ini sempena tarikh lahir Atikah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini