[VIDEO]Pembersihan Sungai Kim Kim diteruskan - Utusan Malaysia

[VIDEO]Pembersihan Sungai Kim Kim diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG 15 Mac – Kerja-kerja pembersihan Sungai Kim Kim di sini yang menjadi lokasi pencemaran toksik giat dijalankan pihak berwajib menerusi kontraktor dilantik kerajaan negeri.

Tinjauan Utusan Online pada pukul 8.30 pagi di kawasan sungai itu mendapati, seramai lebih 20 pekerja pembersihan dan anggota agensi kerajaan berada di sekitar kawasan pembersihan.

Semalam, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin memaklumkan kerja-kerja pembersihan akan dilakukan secara 24 jam sehari.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan kerja-kerja pembersihan Sungai Kim Kim semalam dibuat melibatkan jarak sejauh 500 meter.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian sebelum ini memberitahu jarak sungai yang terjejas dengan pencemaran toksik berkenaan melibatkan jarak keseluruhan sepanjang 1.5 kilometer. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini