Azizulhasni mahu fokus tambah berat jisim otot - Utusan Malaysia

Azizulhasni mahu fokus tambah berat jisim otot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mac – Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang tidak gusar dengan prestasi semasa yang kurang memberangsangkan, kerana mahu fokus menambah berat jisim otot sebagai persediaan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Mohd Azizulhasni menjelaskan kebanyakan pakar sains sukan berpendapat, dia antara pelumba yang memiliki tahap kelajuan terbaik dunia, namun, terdapat kelemahan daripada aspek fizikal dan memerlukan jisim otot yang tinggi untuk menjadi lebih kuat.

“Kerja keras bukan sahaja tertumpu di gimnasium dan trek semata-mata, tetapi bagi mendapatkan prestasi tinggi, jisim otot juga memainkan peranan penting.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Salah satu sebab prestasi tidak bagus dalam beberapa kejohanan sebelum ini kerana saya kekurangan kuasa henjutan, memandang berat badan hanya 70kg berbanding pelumba Eropah lain, mereka paling minimum dalam lingkungan 90kg dan ke atas.

“Lebih tinggi jisim otot kita, lebih banyak kekuatan yang boleh di keluarkan ketika di atas basikal,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Mohd Azizulhasni, yang terkenal dengan jolokan ‘The Pocket Rocketman’, berkata, bagi mencerahkan peluang melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo dalam acara berpasukan, trio negara yang kini berada di ranking ke-14 dunia perlu mencapai keputusan sekurang-kurangnya berada dalam kelompok lapan pasukan terbaik pada siri kejohanan dunia yang disertai tahun ini. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini