BARCELONA 14 Mac – Lionel Messi memuji Cristiano Ronaldo dengan menganggap penyerang itu telah melakukan ‘magis’ ketika meledakkan hatrik ke menentang Atletico Madrid dalam pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
Gol itu menyaksikan Ronaldo menyamai rekod jaringan hatrik Messi dalam UCL dengan melakukan buat kali kelapan ketika menewaskan Atletico 3-0, semalam.
Lebih manis, kejayaan itu turut memastikan kemaraan Juve ke suku akhir dengan kelebihan agregat 3-2 selepas kelab gergasi Itali tersebut tewas 0-2 dalam aksi pertama di Stadium Wanda Metropolitano.
“Terdapat banyak perkara yang saya suka tentang Liga Juara-Juara Eropah. Semalam, Cristiano dan Juventus mengagumkan saya.
“Saya sangkakan Atletico pasukan yang lebih baik, namun Cristiano melakukan magis dengan menghasilkan tiga gol pada malam itu,” katanya kepada Movistar. – AGENSI











