Netanyahu 'pembunuh kanak-kanak Palestin' - Recep Tayyip - Utusan Malaysia

Netanyahu ‘pembunuh kanak-kanak Palestin’ – Recep Tayyip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA 14 Mac – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menyifatkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebagai ‘kejam’ yang membunuh kanak-kanak Palestin.

Kenyataan itu menghangatkan lagi ‘perang mulut’ antara kedua-dua pemimpin mengenai hal ehwal dalaman Turki dan Tel Aviv.

“Hei Netanyahu, jaga tingkah laku kamu. Kamu adalah kejam, yang membunuh kanak-kanak Palestin,” katanya kepada penyokongnya di sini seperti dilaporkan Press TV.

Kenyataan itu adalah maklum balas terus beliau terhadap serangan Netanyahu yang memanggil ketua pentadbiran Turki sebagai diktator dan ‘pelawak’ apabila memenjarakan wartawan.

Perang mulut itu bermula ketika Turki mengecam Netanyahu mengenai ‘perkauman terang-terangan’ terhadap keturunan Arab Israel dan mengatakan Israel hanya milik orang Yahudi.

“Erdogan menyerang demokrasi Israel ketika wartawan dan hakim di Turki dipenjarakan. Ini melucukan,” tulis Netanyahu dalam Instagram.

Dalam kenyataannya semalam, Recep Tayyip menegaskan rejim Zionis melakukan tindakan kejam berterusan terhadap rakyat Palestin di Baitulmuqaddis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×