Lapan buah sekolah sertai kejohanan ragbi - Utusan Malaysia

Lapan buah sekolah sertai kejohanan ragbi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERSUKAN. Sebanyak lapan buah sekolah menyertai Kejohanan Ragbi Sekolah Rendah bagi kategori bawah 12 tahun peringkat Daerah Hulu Perak baru-baru ini.

Kejohanan yang diadakan di Padang Bandaran Majlis Daerah Pengkalan Hulu itu menghimpunkan pelajar-pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Lenggong, SK Rancangan Penempatan Semula (RPS) Dala, SK Mahkota Sari, SK Batu 4, SK Plang, SK Kampung Lalang, SK Pahit dan SK Kuak Luar.

SK Batu 4 beraksi cemerlang untuk membawa pulang gelaran juara bagi Kategori Cup selepas menewaskan SK Lenggong pada perlawanan akhir.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kejohanan itu bukan sahaja berpeluang melahirkan pelapis ragbi untuk mewakili negara tetapi ia menjadi medan mencungkil bakat-bakat baharu yang boleh diketengahkan ke peringkat lebih tinggi pada masa hadapan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini