BARCELONA 14 Mac – Philippe Coutinho meledak gol pertamanya dalam Liga Juara-Juara di Camp Nou manakala Lionel Messi menyumbat dua gol untuk membawa Barcelona ke suku akhir Liga Juara-Juara dengan membenam Lyon 5-1, sebentar tadi.
Dua lagi jaringan gergasi bola sepak Sepanyol itu disempurnakan Gerard Pique dan Ousmane Dembele.
Barcelona bagaimanapun cemas seketika apabila membenarkan Lucas Tousart membolosi gawang mereka pada minit ke-60.
Memuatkan artikel berkaitan…
Begitupun, tuan rumah menunjukkan tindak balas terbaik untuk meraih tiket suku akhir buat kali ke-12 berturut-turut.
Kemenangan itu juga memastikan juara La Liga tersebut mengekalkan rekod 30 perlawanan tanpa kalah di tempat sendiri dalam saingan Eropah. – AGENSI











