MADRID 13 Mac – Penduduk di sebuah perkampungan kecil di negara ini dibelenggu misteri apabila menerima sampul berisi wang tunai yang diletakkan di peti surat atau bawah pintu rumah mereka.
Sejak Rabu minggu lalu, kira-kira 15 orang di Villarramiel, utara negara ini, menerima sampul berisi beberapa keping wang kertas 100 euros (RM462.51).
Penduduk tempatan dikatakan cuba mencari jawapan mengapa mereka yang tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain, menerima sampul berkenaan.
Beberapa laporan media tempatan menggelarkan pengirim sampul tersebut sebagai Robin Hood Villarramiel.
“Kami semua bingung kerana tidak tahu dari mana wang ini atau siapa yang memberinya. Kami tidak apakah niat pengirim itu,” kata Datuk Bandar Villarramiel, Nuria Simon. – AFP











