Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup barang runcit ke negara jiran - Utusan Malaysia

Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup barang runcit ke negara jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Mac – Cubaan dua lelaki menyeludup barangan runcit ke negara jiran gagal selepas bot dinaiki mereka dipintas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau, kelmarin.

Timbalan Pengarah Zon (Operasi), Komander Maritim Mohd. Yusri Hussin berkata, bot jongkong tersebut ditahan pada pukul 8.30 malam oleh bot ronda Maritim Malaysia pada kedudukan 0.9 batu nautika Timur Tanjung Doris dipercayai menuju ke Pulau Nunukan, Indonesia.

“Pemeriksaan awal mendapati bot jongkong tersebut membawa muatan pelbagai barangan runcit dan makanan sejuk beku tanpa dokumen yang sah daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Tawau.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika ditahan, seorang juragan dan pembantunya masing- masing berumur 32 dan 48 tahun berada di atas bot jongkong tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Mohd. Sabri, semua rampasan termasuk bot jongkong yang digunakan suspek dianggarkan bernilai hampir RM100,000.00 dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Tawau untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kastam 1967.

“Orang ramai disarankan untuk memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat mahupun aduan salah laku jenayah maritim menerusi Pusat Operasi, Zon Maritim Tawau di talian 089-750116 atau MERS 999,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini