Hazard, jangan tinggalkan kami - Palmieri - Utusan Malaysia

Hazard, jangan tinggalkan kami – Palmieri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 13 Mac – Pertahanan kiri Chelsea, Emerson Palmieri mengakui dia dan rakan sepasukannya bimbang sekiranya Eden Hazard membuat keputusan untuk meninggalkan Stamford Bridge pada musim panas ini.

Bintang Beglium itu yang dianggarkan bernilai 100 juta pound (RM537 juta) dipercayai mahu meninggalkan Chelsea dan Real Madrid antara kelab yang dikaitkan dengan Hazard.

Pemain Itali, Emerson berharap Hazard membuat keputusan untuk terus kekal bersama The Blues kerana Chelsea akan kehilangan besar jika kehilangan pemain tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setiap hari dia menunjukkan betapa pentingnya kewujudannya kepada pasukan. Jelas sekali, kami ada ramai pemain berkualiti namun dia berada di kelas tersendiri dan salah seorang pemain terbaik di dunia.

“Secara peribadi, saya sendiri tidak boleh melihat dia meninggalkan pasukan ini namun anda tidak akan tahu kerana ini adalah bola sepak. Seperti peminat Chelsea, kami juga takut jika dia meninggalkan kelab ini.

“Saya masih menaruh kepercayaan bahawa dia akan kekal dan kami mahu dia terus kekal,” kata Emerson.

Jaringan penyamaan Hazard ketika seri 1-1 menentang Wolverhampton dalam aksi liga minggu lalu membolehkannya mengumpul 16 gol dalam semua kejohanan pada musim ini malah pemain berusia 28 tahun itu turut mencipta 11 gerakan gol. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini