KUALA LUMPUR 13 Mac – Prestasi Bursa Malaysia yang merosot adalah di luar kawalan pihak kerajaan dan tertakluk kepada keadaan pasaran.
Bloomberg semalam melaporkan indeks FBM KLCI susut lebih satu peratus tahun ini manakala Singapura melonjak lima peratus dan Indonesia pula naik tiga peratus.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kadang-kala apabila prestasi saham negara asing naik, FBM KLCI akan turun dan apabila pasaran negara menokok, ada juga pasaran lain jatuh.
Memuatkan artikel berkaitan…
Beliau bagaimanapun akui Bloomberg dan media lain mempunyai hak untuk melaporkan sedemikian.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan Bloomberg mengenai Malaysia sebagai satu-satunya pasaran yang mencatat penurunan. – UTUSAN ONLINE











