Kelindan lori merompak dijel, sebat - Utusan Malaysia

Kelindan lori merompak dijel, sebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 13 Mac – Seorang kelindan lori dihukum penjara enam tahun dan sebat dua kali oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan merompak seorang pekerja stesen minyak dengan parang, awal Februari lalu.

Muhammad Irwan Mohd Nazli, 27, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hilmiah Yusof.

Berdasarkan pertuduhan yang dikemukakan, tertuduh telah merompak menggunakan parang sebagai senjata ke atas pekerja Caltex, Uweltho Barahin, 24 dan merampas wang tunai berjumlah RM2,500 milik stesen minyak itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kesalahan tersebut dilakukan di Jalan Selangor, Seksyen 4, di sini, pada 10.20 malam, 6 Februari lalu.

Pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Shafiq Hasim, dibuat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun serta sebatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini