YKAT lawat pemuzik Tony Soliano Jr. di PPUM - Utusan Malaysia

YKAT lawat pemuzik Tony Soliano Jr. di PPUM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) terus komited dalam misi membela dan menjaga kebajikan artis tanah air terutama bagi yang sedang menghadapi masalah.

Semalam, yayasan itu mengambil kesempatan meluangkan masa menziarahi pemuzik Tony Soliano Jr. yang kini terlantar di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Tony atau nama sebenarnya Mohd. Zaini Soliano, 56, dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak Disember tahun lalu akibat menghidap kanser pankreas tahap empat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengerusi YKAT, Datuk DJ Dave meluangkan masa lebih kurang sejam ketika melawat Tony.

“Mereka sekeluarga memang aktif dan hebat dalam bidang muzik. Saya mengenali mereka dan pernah melakukan persembahan bersama suatu ketika dahulu. Tony seorang pemain piano yang hebat.

“Saya masih ingat sekitar tahun 1970-an, saya pernah menyanyi sambil diiringi muzik Orkestra RTM yang ketika itu dipimpin oleh arwah bapanya iaitu Tony Soliano,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam lawatan itu, DJ Dave turut menyalurkan sumbangan kepada Tony selain menyerahkan borang keahlian Program Khairat YKAT.

Sehingga kini, YKAT yang mempunyai seramai 350 ahli bagi Program Khairat telah menyalurkan sumbangan kepada lebih 1,000 orang penggiat seni tempatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini