Perkhidmatan Google tergendala sejak pagi - Utusan Malaysia

Perkhidmatan Google tergendala sejak pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DEHLI 13 Mac – Syarikat gergasi internet, Google mengesahkan berlaku gangguan perkhidmatan di seluruh negara dan sedang berusaha untuk memulihkan kembali perkhidmatan itu.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul disebabkan keadaan ini. Jurutera kami sedang berusaha untuk memulihkan keadaan.

“Kami akan terus memaklumkan perkembangan terkini,” kata Google dalam satu kenyataan kepada Times of India hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Times of India yang memetik laman web Detector Down melaporkan, susulan permasalahan pada perkhidmatan induk enjin carian Google itu, orang ramai juga tidak dapat mengakses YouTube, Gmail, Google Drive, Google Maps dan Google Play sejak pukul 7.30 waktu tempatan.

Dalam maklumat yang dikemaskini pada 10.14 pagi dalam laman rasmi syarikat internet itu, selain India, Google turut mendapat laporan gangguan perkhidmatan dari beberapa negara termasuk Malaysia, Amerika Syarikat (AS), Kanada, Jepun dan Australia. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini