Pemimpin PH yang gambarkan Islam ganas - Utusan Malaysia

Pemimpin PH yang gambarkan Islam ganas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Mac – Orang bukan Melayu menggambarkan Islam ganas kerana kenyataan pemimpin-pemimpin DAP dari Pakatan Harapan (PH) yang mengaitkan kerjasama UMNO dan Pas dengan kumpulan Taliban.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, kenyataan tersebut dipercayai ingin menakutkan rakyat kerana pemimpin-pemimpin berkenaan bimbang dengan kerjasama UMNO dan Pas.

“Pas sudah terbukti sudah memerintah di Kelantan, Terengganu dan Kedah dan kita tidak dengar orang bukan Melayu atau bukan Islam dipinggirkan atau tertekan di negeri-negeri ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi tak timbul isu umat Islam atau bukan Islam akan dipinggirkan dan diketepikan. Ini semua untuk menakutkan rakyat kerana mereka bimbang kerjsama UMNO dan Pas ini jika diteruskan mampu menumbangkan kerajaan PH,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Baru-baru ini, Nga Kor Ming yang juga Pengerusi DAP Perak mendakwa kerjasama UMNO dengan Pas akan memecah-belahkan rakyat dan menyebabkan negara menjadi seperti Afghanistan yang diperintah oleh Taliban jika dua parti itu berjaya membentuk kerajaan.  – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini