Empat lelaki buat laporan difitnah di Facebook - Utusan Malaysia

Empat lelaki buat laporan difitnah di Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT – Empat sahabat dari Felda Kota Gelanggi 2 dekat sini membuat laporan polis selepas mereka dikaitkan dengan aktiviti menuba ikan di Sungai Lepar, Kuantan seperti tular di laman Facebook sejak semalam.

Mohd. Simen Abdullah, 53, bersama tiga rakannya, Hairul Nizam Termiji, 43, dan Abdul Ghani Ismail, 66, serta Mohd. Azhar Adnan, 49, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut di sini pagi tadi.

Hairul Nizam berkata, laporan dibuat bagi membolehkan polis menyiasat tiga pengguna Facebook yang menggunakan nama Mohd. Alu, Shah Putra dan Papazul yang membuat tuduhan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka memuat naik gambar yang menunjukkan ikan lampam dengan jumlah yang banyak dalam bot dan menuduh kami menuba ikan.

“Disebabkan itu, kami dikecam ramai pengguna Facebook sedangkan ia tidak benar dan kami membuat laporan polis pada hari ini supaya tiga individu itu disiasat kerana memfitnah,” katanya.

Ujarnya lagi, gambar yang tular tersebut dirakam di Terengganu pada tahun lalu dan pernah tersebar di laman sosial itu sebelum ini.

Tambahnya lagi, mereka juga sentiasa mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa apabila melalukan aktiviti menangkap ikan di sesebuah lokasi.

“Kami selalu masuk ke hutan untuk menangkap ikan, tetapi bukan dengan cara yang salah seperti menuba atau menggunakan racun.

“Selama ini, kami menangkap ikan dengan cara yang mengikut peraturan ditetapkan. Perbuatan tiga pengguna Facebook ini telah mengaibkan kami,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini