[VIDEO] MB tinjau lokasi rawatan pencemaran toksik - Utusan Malaysia

[VIDEO] MB tinjau lokasi rawatan pencemaran toksik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG 13 Mac – Menteri Besar, Datuk Osman Sapian akan melawat mangsa dan meninjau pusat rawatan kecemasan di Dewan Serbaguna Taman Pasir Putih di sini pukul 4 petang ini.

Ini merupakan lawatan pertama beliau ke kawasan pencemaran tersebut sejurus pulang dari luar negara semalam selepas melakukan lawatan kerja bersama-sama Exco negeri.

PELAJAR yang mengalami muntah, pening kepala, loya dan pengsan menerima rawatan kecemasan di Dewan S
PELAJAR yang mengalami muntah, pening kepala, loya dan pengsan menerima rawatan kecemasan di Dewan Serbaguna Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor, sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE/ NUR AISYAH MAZALAN

Sebelum itu Menteri Besar akan mendengar taklimat di Menara Aqabah di sini daripada pasukan keselamatan untuk mengetahui situasi dan perkembangan terkini pencemaran toksik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Taklimat akan diberikan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. selain pengarah-pengarah dari jabatan bomba negeri, Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Jabatan Kesihatan Negeri; Jabatan Kimia negeri dan Jabatan Pendidikan negeri. – UTUSAN ONLINE

PELAJAR yang mengalami muntah, pening kepala, loya dan pengsan menerima rawatan kecemasan di Dewan S
PELAJAR yang mengalami muntah, pening kepala, loya dan pengsan menerima rawatan kecemasan di Dewan Serbaguna Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor, sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE/ NUR AISYAH MAZALAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini