MELBOURNE 13 Mac – Salah seorang penasihat rapat Pope Francis, Kardinal George Pell dijatuhkan hukuman enam tahun penjara oleh Mahkamah Tinggi atas kesalahan serangan seksual terhadap dua budak koir, menjadikan paderi katolik paling kanan terlibat jenayah seks kanak-kanak, semalam.
Lapor Reuters, Hakim Mahkamah Agung Victoria, Peter Kidd turut menetapkan tempoh tanpa parol selama tiga tahun dan lapan bulan serta mendaftarkan Pell sebagai pesalah seksual seumur hidupnya.
“Saya berpendapat, tingkah laku anda dipengaruhi oleh sifat angkuh yang keterlaluan,” kata hakim.
Bulan lalu, barisan juri sebulat suara mendapati Pell bersalah dalam satu pertuduhan penganiayaan seksual dan empat serangan lucah terhadap dua kanak-kanak lelaki di Gereja Saint Patrick pada 1990an.
Pell yang kini berusia 77 tahun didakwa memaksa budak lelaki berkenaan yang berusia 12 dan 13 tahun melakukan aksi seks terhadapnya. -AGENSI











