Pencemaran toksik: Kertas pertuduhan dirujuk hari ini - Utusan Malaysia

Pencemaran toksik: Kertas pertuduhan dirujuk hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 13 Mac – Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri telah menyediakan kertas siasatan bagi pertuduhan di bawah Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 terhadap sebuah premis dan pengurus premis berikutan pembuangan haram bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, minggu lalu. 

JAS negeri merujuk kertas siasatan itu kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya hari ini untuk penelitian serta pertimbangan dan seterusnya mendapatkan keizinan untuk mendakwa pihak 
berkenaan. 

“JAS Negeri Johor telah menjalankan siasatan terhadap premis yang disyaki selepas mendapat laporan analisa kimia daripada Jabatan Kimia Negeri Johor. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil keputusan analisis persampelan di premis menunjukkan keputusan yang menjurus kepada keputusan analisis dari persempelan yang telah diambil oleh JAS Negeri Johor di Sungai Kim Kim,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagi perbuatan tersebut, boleh dikenakan dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan hendaklah juga didenda tidak melebihi RM500,000, jika disabit kesalahan.

Katanya, kerja-kerja pembersihan sedang digerakkan secara komprehensif oleh pihak Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Pembuangan Haram Bahan Kimia di Sungai Kim Kim. 

“Di samping itu, JAS Negeri Johor akan meneruskan pemantauan udara bagi kawasan yang terlibat dan di sekitarnya termasuk ketika kerja-kerja pembersihan dijalankan bagi memastikan kesejahteraan rakyat di sekitarnya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini