Kematian TB di Malaysia lebih tinggi daripada jangkaan WHO - Utusan Malaysia

Kematian TB di Malaysia lebih tinggi daripada jangkaan WHO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Mac – Kes batuk kering atau Tuberkulosis (TB) di Malaysia mencatatkan kadar kematian lebih tinggi daripada jangkaan Organisasi Kesihatan Dunia (WHO).

Pengarah Institut Perubatan Resiratori (IPR) Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr. Nurhayati Mohd. Marzuki berkata, pada tahun 2017, terdapat 26,168 kes aktif TB di negara ini melibatkan kematian sebanyak 2098 kes.

“Sehingga bulan Ogos 2018 sebanyak 16,422 kes TB dicatatkan. Sabah merupakan negeri tertinggi kes penyakit itu di Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, TB menyebabkan kematian kira-kira satu 1.5 juta orang setahun di seluruh dunia,”katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari TB sedunia 2019 Peringkat IPR.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia, Datin Seri Dr.Asmah Samat.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami batuk melebih dua minggu, demam lewat petang, tiada selera makan, hilang berat badan, batuk serta berpeluh pada waktu malam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini