Suspek pencemaran toksik didakwa esok - Utusan Malaysia

Suspek pencemaran toksik didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG 13 Mac – Seorang pengusaha kilang di Kulai yang dipercayai terlibat mengakibatkan pencemaran toksik di Sungai Kim Kim di sini dijangka didakwa di mahkamah esok.

YEO BEE YIN
YEO BEE YIN 

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, pengusaha tersebut merupakan seorang daripada tiga suspek yang ditahan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri sebelum ini.

“Kertas siasatan berhubung perkara itu sudah disiapkan JAS negeri dan telah menyerahkannya kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) hari ini untuk penelitian serta pertimbangan dan mendapatkan izin mendakwa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kertas pertuduhan itu dibuat di bawah Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntukkan penjara tidak lebih 5 tahun dan denda tidak lebih RM500,000,” katanya dalam sidang media selepas taklimat bersama JAS negeri di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini