Program menarik Jelajah 360 Smart Selangor Jumaat ini   - Utusan Malaysia

Program menarik Jelajah 360 Smart Selangor Jumaat ini  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Mac – Orang ramai jangan melepaskan peluang untuk bersama memeriahkan Jelajah 360 Smart Selangor yang akan diadakan pada 15 hingga 17 Mac di Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam dekat sini. 

Jelajah itu akan menampilkan artis dan selebriti agama terkenal seperti Ramli Sarip, Ippo Hafiz, PU Rahmat, PU Muhsin dan Ezad Lazim. 

Pelbagai pengisian lain seperti Smart Bazaria, kaunter pendaftaran Universiti Industri Selangor (Unisel), cabutan bertuah, reruau Upin dan Ipin, perlawanan bola sepak dan bola jaring.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Besar Selangor Incorporated dalam kenyataan berkata, jelajah yang memasuki siri keempat itu bertujuan menyampaikan pelbagai maklumat disediakan kerajaan negeri kepada penduduk Selangor. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini