SEOUL 13 Mac – Parlimen Korea Selatan semalam meluluskan rang undang-undang mencegah pencemaran udara yang melanda sebahagian besar negara ini dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.
Reuters melaporkan, pencemaran udara di negara ekonomi keempat terbesar Asia berpunca daripada penjanaan kuasa arang batu dan pelepasan asap kenderaan yang tinggi.
Keadaan itu telah mencetuskan kepimbangan dalam kalangan orang ramai dan menguatkan pertimbangan Presiden Moon Jae-in untuk meluluskan udang-undang itu.
Keputusan parlimen yang memutuskan isu itu sebagai ‘bencana’ membenarkan kerajaan untuk menggunakan sebahagian daripada rizab simpanan negara untuk menangani segera sebarang kerosakan atau kecemasan disebabkan pencemaran udara.
Rang undang-undang lain yang juga diluluskan adalah mandat supaya setiap bilik darjah di sekolah harus dibekalkan alat pembersih udara dan menurunkan had penjualan kenderaan yang menggunakan gas cecair petroleum (LPG). AGENSI











