MAHB bina masjid baharu di Lapangan Terbang Istanbul - Utusan Malaysia

MAHB bina masjid baharu di Lapangan Terbang Istanbul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG 13 Mac – Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sedang membina sebuah masjid di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (SGIA) bagi menampung keperluan penumpang yang diunjur meningkat.

Pengerusi MAHB, Tan Sri Zainun Ali berkata, masjid yang dijangka siap pada penghujung tahun ini dapat memuatkan sehingga 2,800 jemaah.

“Pembinaan masjid ini merupakan satu pencapaian dalam usaha kami mewujudkan nilai di lapangan terbang, bukan sahaja untuk kemudahan dan keselesaan komuniti lapangan terbang tetapi juga penumpang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Upacara pecah tanah bagi pembinaan masjid itu diadakan semalam, menandakan bermulanya projek yang melibatkan kawasan binaan seluas 2,035 meter persegi.

Tahun lepas SGIA merekodkan 34.1 juta pergerakan penumpang, peningkatan sebanyak 8.8 peratus berbanding 2017, menjadikannya lapangan terbang kedua terbesar di Turki serta ke-12 terbesar di Eropah dari segi jumlah penumpang. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini