Zull Ariffin dipilih Presiden Alumni Inspen yang baharu - Utusan Malaysia

Zull Ariffin dipilih Presiden Alumni Inspen yang baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANDAT. Mohd. Zulilah Mohd. Ariffin dipilih sebagai Presiden baharu Alumni Institut Penilai Negara (Inspen) bagi sesi 2018/19.

Mesyuarat Agung Tahunan dan pemilihan jawatankuasa baharu itu diadakan di Kelab Tasik Putrajaya, Putajaya baru-baru ini.

Mohd. Zulilah yang dikenali Zull Ariffin berkata, menerusi platform alumni itu badan tersebut akan meningkatkan kesedaran ilmu dalam kalangan ahli dan penuntut dalam bidang harta tanah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain mengembangkan sahsiah diri dalam bidang hartanah dan kebajikan ahli, kami juga membuat perancangan untuk individu yang mahu menceburi bidang ini dari sudut akademik,” katanya.

Beliau berharap, alumni itu dapat mengeratkan jaringan ahli untuk manfaat bersama dalam perniagaan harta tanah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini