MIDA sasar lebih banyak pelaburan teknologi dari Korea - Utusan Malaysia

MIDA sasar lebih banyak pelaburan teknologi dari Korea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berharap untuk menarik lebih banyak pelaburan dari Korea Selatan terutamanya dalam industri teknologi maju.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azman Mahmud (gambar) berkata, sasaran itu mampu direalisasikan susulan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara MIDA dan Agensi Promosi Perdagangan-Pelaburan Korea (KOTRA) di sini semalam.

“Malaysia masih dalam usaha menarik pelaburan langsung asing yang menepati aspirasi menjadi sebuah negara maju. Malah, Malaysia kini bergerak pada momentum penuh untuk menjadi sebuah ekonomi berpengetahuan dan digital.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sejajar kedudukan Korea Selatan yang dikenali kerana kemajuan teknologi khususnya robotik, kami berharap dapat menarik lebih banyak pelaburan dalam bidang-bidang ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pemeteraian MoU ber­kenaan.

Setakat September 2018, pelaburan Korea Selatan di Malaysia dalam sektor pembuatan adalah sebanyak AS$12.3 bilion (RM50.28 bi­lion) yang membabitkan 557 syarikat.

Menurut Azman, kerjasama itu membolehkan MIDA memanfaatkan kemudahan KOTRA yang merangkumi 10 ibu pejabat serantau dan 124 pusat di 86 negara, sekali gus menawarkan kesalinghubungan yang berfaedah bagi komuniti perniagaan di kedua-dua negara.

“Pakatan ini termasuk aspek pertukaran maklumat mengenai persekitaran, peluang dan aktiviti promosi pelaburan serta amalan terbaik dari segi galakan pelaburan,” katanya.

Esok, MIDA dan Dewan Perniagaan Korea akan bersama-sama menganjurkan Forum Perniagaan Malaysia-Korea yang dijangka dihadiri oleh 400 peserta termasuk ahli perniagaan Korea. 
– Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini