Najib kekal mengaku tidak bersalah - Utusan Malaysia

Najib kekal mengaku tidak bersalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Mac – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengekalkan pengakuan tidak bersalahnya atas tiga pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berhubung dana SRC International Sdn. Bhd. (SRC), lima tahun lalu.

Pengakuan tersebut direkodkan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan ketika sebutan kali pertama di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup memohon tarikh lain bagi pengurusan kes tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mahkamah kemudian menetapkan 17 April ini untuk sebutan semula kes.

Pada 8 Februari lalu, Najib, 66, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram dengan menerima wang RM27 juta, RM10 juta dan RM10 juta hasil aktiviti wang haram melalui tiga akaun AmPrivate Banking miliknya.

Ahli Parlimen Pekan yang diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, Nombor 55, Jalan Raja Chulan, di sini pada 8 Julai 2014.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaian Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini