Kedudukan Dembele akan diumumkan saat-saat akhir - Utusan Malaysia

Kedudukan Dembele akan diumumkan saat-saat akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA 13 Mac – Barcelona akan membuat keputusan saat-saat akhir terhadap kedudukan Ousmane Dembele dalam skuad itu untuk berdepan Lyon dalam aksi peringkat 16 akhir kedua Liga Juara-Juara hari ini, kata jurulatih Ernesto Valverde.

Dembele mengalami kecederaan hamstring ketika berdepan Rayo Vallecano Sabtu lalu, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap kecergasannya untuk beraksi di laman sendiri hari ini, selepas Lyon dan Barcelona masing-masing terikat tanpa jaringan pada aksi pertama.

“Kita akan tunggu dan lihat. Kami akan membuat keputusannya nanti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini adalah perlawanan penting dan kami tidak boleh mengambil risiko. Jika dia tidak cukup cergas, dia perlu tunggu untuk peluang seterusnya,” kata Valverde.

Ketiadaan Dembele membuka jalan untuk Philippe Coutinho yang dilihat bergelut dalam tempoh beberapa minggu dan dia turut diejek oleh segelintir penyokong Barcelona sewaktu keluar padang untuk pertukaran, hujung minggu lalu.

“Kita boleh lihat Paris Saint-Germain dan Madrid disingkirkan. Ini bermakna saingan Liga Juara-Juara sangat sukar dan ia seakan memberi amaran kepada kami agar sentiasa bersedia.

“Tekanan sentiasa ada dan selari dengan perkembangan kami, namun memberikan perhatian dalam perlawanan itu nanti amat penting. Jika kami mampu mencipta peluang seperti yang berlaku pada aksi pertama tempoh hari, kami mungkin akan menang,” tambah Valverde.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini