Wanita maut selepas melahirkan anak sendiri - Utusan Malaysia

Wanita maut selepas melahirkan anak sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI 13 Mac – Seorang wanita mati ketika mempelajari cara melahirkan anak sendiri menerusi saluran YouTube dalam sebuah rumah di Gorakhpur, Uttar Pradesh pada Isnin lalu.

Mirror melaporkan, wanita yang tidak didedahkan identitinya itu dijumpai mati bersama bayi lelaki yang dilahirkan di sebuah rumah yang baru disewa beberapa hari sebelum kejadian tersebut.

Pihak polis memberitahu Hindustan Times, wanita itu dijumpai jirannya sebelum memaklumkan kepada tuan rumah apabila melihat darah mengalir dari biliknya pada pagi tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selepas pemilik rumah berkenaan memecahkan pintu, mereka menjumpai gunting, mata pisau dan benang berhampiran mayat berserta sebuah telefon pintar.

Itu yang mendedahkan dia sedang menonton video bagaimana cara untuk melahirkan bayi sendirian di YouTube. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini