Pelakon Desperate Housewives didakwa menipu - Utusan Malaysia

Pelakon Desperate Housewives didakwa menipu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK 13 Mac – Bintang Hollywood, Lori Loughlin dan pelakon ‘Desperate Housewives’, Felicity Huffman antara yang didakwa terlibat dalam komplot penipuan berjuta-juta dolar untuk membantu anak-anak golongan elit Amerika Syarikat (AS) untuk masuk ke universiti terkemuka, kelmarin.

FELICITY HUFFMAN. -AGENSI

Menurut Pendakwa Persekutuan, ketua eksekutif, pengerusi sebuah firma undang-undang terkemuka dan pereka fesyen didakwa menipu ujian kemasukan dan memberi rasuah bagi mendapatkan tempat untuk anak-anak mereka di sekolah berprestij termasuk Yale, Stanford dan Georgetown.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mereka membayar lebih AS$25 juta dolar (RM102 juta) untuk program larian amal palsu kendalian Californian William Singer selama tujuh tahun untuk mengatur peperiksaan kemasukan kolej untuk anak-anak mereka.

Selain rasuah kepada jurulatih universiti sukan yang mengambil anak-anak mereka walaupun tidak layak untuk mencapai tahap tersebut.

Seramai 50 orang didakwa membabitkan 33 ibu bapa yang membayar untuk melayakkan anak mereka masuk universiti, 13 jurulatih universiti sukan dan pengendali organisasi ujian, penyanyi dan tiga lagi mereka yang menjalankan skim penipuan tersebut. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini