REYKJAVIK 12 Mac – Lebih banyak syarikat penerbangan dunia mengambil tindakan menggantung operasi pesawat Boeing 737 MAX 8 susulan nahas Ethiopian Airlines dekat Addis Ababa pada Ahad lalu.
Terkini, Icelandair melakukan tindakan sama terhadap tiga pesawat jenis iu.
“Icelandair Group memutuskan untuk menggantung operasi tiga pesawat Boeing 737 MAX 8 secara sementara sehingga notis seterusnya,” jelas syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan di sini.
Memuatkan artikel berkaitan…
Bagaimanapun Icelandair menyatakan keyakinan terhadap keselamatan pesawat itu.
Icelandair akan mengikuti sebarang perkembangan terkini secara dekat selain bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan, Eropah dan Amerika Syarikat (AS) untuk tindakan seterusnya. – AFP











