Zidane mahu 5 pemain baharu - Utusan Malaysia

Zidane mahu 5 pemain baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 12 Mac – Meskipun baru sehari menyertai Real Madrid buat kali kedua, Zinedine Zidane sudah menyuarakan perancangannya bagi memperkukuhkan gergasi La Liga itu pada musim akan datang.

Pengendali dari Perancis itu secara terbuka meminta pengurusan tertinggi untuk memenuhi permintaannya bagi mendapatkan lima pemain baharu untuk pasukan itu dan pada masa sama mahu melepaskan dua pemain sedia ada.

Berdasarkan laporan di Sepanyol, Zidane mahu melepaskan Dani Ceballos dan Gareth Bale pada musim panas ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berita itu bagaimanapun bukan satu kejutan memandangkan kedua-dua pemain itu bukan pilihannya semasa dia mengendalikan Madrid sebelum ini.

Zidane dikatakan mahu melakukan perubahan besar dengan pasukan itu perlu mendapatkan lima pemain pada musim panas ini termasuk Eden Hazard, Paul Pogba, Lucas Hernandez, Sadio Mane dan Kylian Mbappe.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini