CARACAS 12 Mac – Amerika Syarikat (AS) akan menghantar pulang semua petugas diplomatik di Venezuela pada minggu ini susulan keadaan yang semakin tegang di negara ini.
BBC melaporkan, Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo menegaskan bahawa Washington tidak akan meletakkan keselamatan petugas-petugas diplomatik dalam keadaan tidak terjamin.
AS sebelum ini mengarahkan sebahagian daripada petugas keluar dari negara ini pada Januari lalu. – AGENSI
Memuatkan artikel berkaitan…











