Malaysia gantung pesawat Boeing 737 Max 8 - Utusan Malaysia

Malaysia gantung pesawat Boeing 737 Max 8

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menggantung semua penerbangan keluar masuk menggunakan Boeing 737 MAX 8 dari negara ini berkuat kuasa serta merta.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Ahmad Nizar Zolfakar dalam satu kenyataan semalam berkata, penggantungan itu kekal sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

“Untuk Malaysia, kami mengesahkan bahawa tiada pesawat negara ini yang menggunakan Boeing 737 MAX 8.

Memuatkan artikel berkaitan…

“CAAM dengan serta-merta menggantung operasi pesawat Boeing 737 MAX 8 keluar atau masuk Malaysia dan juga transit ke Malaysia sehingga notis berikutnya,” katanya melalui satu kenyataan di sini semalam.

Kenyataan tersebut dikeluarkan susulan tragedi yang menimpa pesawat Ethiopian Airlines yang terhempas ketika dalam penerbangan dari Addis Ababa ke Nairobi pada Ahad lalu dan mengorbankan kesemua 157 penumpang dan kru.

Nahas tersebut juga merupakan tragedi kedua melibatkan pesawat jenis Boeing 737 Max 8 dalam tempoh lima bulan selepas pesawat syarikat penerbangan tambang murah Lion Air terhempas Oktober lalu mengorbankan kesemua 189 penumpang dan anak kapalnya.

Terdahulu, Malaysia Airlines (MAS) dalam kenyataannya memaklumkan syarikat berkenaan tidak menggunakan pesawat jenis 737 Max 8. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini