Giggs yakin Bale tabah menghadapi ujian di Real - Utusan Malaysia

Giggs yakin Bale tabah menghadapi ujian di Real

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 12 Mac – Ryan Giggs mempertahankan pemain bintangnya, Gareth Bale mampu menyinar bersama Wales meskipun berdepan masalah di Real Madrid, di mana penyerang itu menjadi sasaran penyokong yang tidak berpuas hati.

Bale telah memenangi trofi Liga Juara-Juara di Sepanyol, tetapi secara konsisten diketepikan untuk berada di bangku simpanan sejak beberapa minggu kebelakangan ini yang turut menyaksikan kemeruduman prestasi Real.

Pemain berusia 29 tahun itu bergelut dengan kehidupannya di Sepanyol dan kepulangan Zinedine Zidane, semalam, selaku pengurus bagi menggantikan Santiago Solari yang dipecat mungkin menjadikan situasi lebih sukar buat Bale.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bale dan Zidane jarang sekali bercakap sewaktu separuh kedua musim lalu dan pemain itu difahamkan semakin kurang bersemangat sebaik mendengar warga Perancis itu kembali ke Real. Bale dijangka meninggalkan Real selepas Zidane dilantik semula.

Pemain antarabangsa Wales itu kini masih dalam pemulihan daripada kecederaan buku lalu sewaktu beraksi dalam Liga Juara-Juara, tetapi bos Wales, Giggs yakin bahawa Bales akan sempat pulih sebelum aksi pembukaan kelayakan Euro 2020 antara Wales dan Slovakia pada 24 Mac ini.

“Dia seorang pemain berpengalaman. Memiliki kualiti sebagai pemain dan juga individu. Saya menjangkakan Gareth akan menyertai kami dan melaksanakan tugasnya seperti biasa, memberi suntikan semangat kepada semua orang.

“Sewaktu beraksi bersama Wales, dia memberikan 100 peratus dan sering mempamerkan prestasi baik. Saya tidak menjangkakan sebarang perubahan kerana dia sentiasa menunjukkan kebijaksanaannya sepanjang kem berlangsung,” kata Giggs selepas menamakan 31 pemain yang menyertai skuadnya untuk aksi persabahatan Wrexham dengan Trinidad and Tobago pada 20 Mac ini dan menentang Slovakia di Cardiff.

Giggs berkata, penyerang itu cukup kuat untuk menghadapi cabaran yang menghalang laluannya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini