Rasai suasana Anfield di Kuala Lumpur - Utusan Malaysia

Rasai suasana Anfield di Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Mac – Penyokong Kelab Bola Sepak Liverpool (LFC) Malaysia berpeluang merasai suasana Anfield di Kuala Lumpur disahkan sebagai antara destinasi Jelajah Dunia LFC pada 20 dan 21 April ini.

Standard Chartered dalam satu kenyataan hari ini berkata, pengalaman dua hari itu akan membolehkan peminat menyaksikan LFC World Hub di One Utama Centre Court.

Dalam hab berkenaan, peminat akan dapat merasai sendiri pengalaman ‘berada’ di Anfield dengan replika Shankly Gates, pintu masuk bersejarah yang menjadi ikon stadium Anfield dan papan tanda ‘This Is Anfiled’.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Terdapat juga bilik persalinan khas LFC World di mana peminat boleh duduk di bawah baju pemain LFC kegemaran mereka iaitu Mohamed Salah, Sadio Mane, Virgil Van Dijk dan Roberto Firmino bagi mecipta imej bilik persalinan ikonik mereka sendiri,” menurut kenyataan itu.

Selain pelbagai aktiviti yang menyeronokkan untuk peminat mengambil bahagian sepanjang acara berlangsung dan hadiah istimewa serta cenderahati, peminat juga dapat bertemu wira LFC iaitu Jason McAteer, Sami Hyppia dan Steve McManaman.

“Liverpool FC adalah antara kelab bola sepak terkenal di dunia dengan peminat yang ramai di pasaran utama kami termasuk Malaysia, dan kami berbangga dapat dikaitkan dengan mereka.

“Kami amat teruja untuk memperluaskan faedah eksklusif, termasuk akses ke Liverpool FC Legends, barangan dan juga tiket ke Anfield kepada komuniti, kepada pelanggan dan peminat LFC,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Malaysia Abrar A. Anwar dalam kenyataan itu.

Sementara itu, Hyppia berkata: “Bagi Reds di Malaysia, LFC World Kuala Lumpur merupakan tempat yang perlu dikunjungi. Kami tahu tidak semua peminat boleh ke Anfield, jadi inilah cara kami untuk membawa Anfield lebih dekat dengan mereka. Kami tidak sabar untuk berjumpa semua, ia akan menjadi hujung minggu yang hebat”.

Penyokong Reds juga berpeluang mengalami suasana Anfield kerana akan diadakan aktiviti pentas secara langsung dengan wira LFC sebelum perlawanan menentang Cardiff City pada 21 April.

Maklumat lanjut mengenai LFC World boleh didapati di https://www.liverpoolfc.com/lfcworld/Kualalumpur. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini