Dua beradik hilang selepas keluar ke sekolah - Utusan Malaysia

Dua beradik hilang selepas keluar ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Mac – Dua beradik perempuan dilaporkan hilang apabila tidak pulang ke rumah mereka di Bandar Tasik Kesuma, Semenyih selepas sesi persekolahan semalam.

Putri Noradriana Megat Zulkarnain

Bapa mereka, Megat Zulkarnain Mohd. Noor, 48, berkata, kedua-dua anaknya, Putri Nuramisha Jessica Abdullah, 16, dan adiknya Putri Noradriana Megat Zulkarnain, 11, keluar dari rumah untuk ke sekolah kira-kira pukul 6 pagi sebelum disedari tidak pulang kira-kira pukul 2 petang oleh ibu mereka, Nurlina Harun, 33.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Nuramisha ada menghubungi ibunya melalui mesej di aplikasi WhatsApp pagi tadi mengatakan akan membawa adiknya pulang ke rumah petang tadi.

“Selepas itu, mereka sudah tidak dapat dihubungi lagi kerana dipercayai telah mematikan telefon bimbitnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Megat Zulkarnain, sebahagian daripada baju di dalam almari serta dua tabung duit milik dua beradik itu turut lesap.

“Beberapa hari yang lalu, memang ada berlaku sedikit perselisihan faham antara saya dengan Nuramisha kerana menegur perbuatannya yang salah.

“Dia mungkin terasa hati dengan perkara itu hingga melarikan diri dari rumah dan membawa adiknya bersama,” ujarnya.

Tambah Megat Zulkarnain, dia sudah membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah Kajang berhubung kejadian itu pukul 11 malam tadi.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung lokasi dua beradik terbabit diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini