Fitnah tidak jejaskan peluang Streram - Utusan Malaysia

Fitnah tidak jejaskan peluang Streram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 12 Mac – Pengerusi PKR negeri, Datuk Seri Aminuddin Harun yakin serangan dan fitnah yang dilemparkan terhadap calon Pakatan Harapan (PH), Dr. S. Streram tidak menjejaskan peluangnya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Menurut beliau, perkara seumpama itu adalah biasa dalam politik dan percaya Streram boleh menanganinya dengan baik.

“Kita yakin beliau adalah calon yang boleh menang dan kita akan pastikan gerakan pilihan raya tidak terjejas dengan isu-isu tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita juga akan pastikan beliau dapat berjumpa dengan seramai mungkin pengundi DUN Rantau,” katanya dalam sidang akhbar selepas Prapelancaran Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2019 di sini hari ini.

Aminuddin yang juga Menteri Besar mengulas laporan polis terhadap Timbalan Ketua PKR Cabang Rembau itu berhubung pinjaman wang yang dibuat dengan seorang ahli Parlimen baru-baru ini.

Sebelum ini 11 pengerusi dan setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Rantau turut membantah pencalonan Streram kerana beliau bukan anak tempatan.

Dalam pada itu, Aminuddin menjelaskan, pemilihan Streram yang diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam telah dibincangkan dan mendapat persetujuan ahli-ahli PKR Cabang Rembau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini